JUARA baharu kategori featherweight UFC, Ilia Topuria tidak membuang masa apabila mencabar 'ának emas' Dana White, Conor McGregor untuk kembali bertarung di gelanggang oktagon.
Topuria, 27, dililitkan tali pinggang kejuaraan featherweight selepas mengalahkan penyandang juara, Alex Volkanovski dalam UFC 298 di Honda Center, Anaheim, California, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Topuria yang terkenal dengan julukan 'El Matador' menumbangkan jagoan Australia itu menerusi tumbukan KO di pusingan kedua.
"Saya mendapati semua pencabar dalam divisyen featherweight teruk! Jadi, kepada Conor, saya menanti kamu di kampung halaman (Sepanyol).
"Jika kamu masih mempunyai keberanian, ayuh bertarung di oktagon," ujarnya.
Dalam pada itu, White selaku Presiden UFC tidak memberi sebarang bayangan bila McGregor akan beraksi semula selepas kali terakhir tewas kepada Dustin Poirier dalam kategori lightweight pada 2021.
Kontrak McGregor, 35, bersama UFC hanya berbaki dua pertandingan, namun ramai petarung UFC tidak mengira kategori berat mencabar bintang Ireland itu kerana menganggapnya sebagai 'lubuk emas'.
Untuk rekod, Topuria menyamai rekod McGregor apabila meraih tali pinggang featherweight pada usia 27 tahun dengan rekod 6-0 di UFC serta 14 kemenangan berturut-turut.
McGregor dinobat juara featherweight pada 2015 selepas menewaskan jaguh Brazil, Jose Aldo menerusi tumbukan KO 13 saat di pusingan pertama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024
Topuria (tengah) merampas tali pinggang featherweight daripada Alex Volkanovski di UFC 298 pada Ahad lalu. - Foto Agensi/Sinar Harian
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Topuria cabar McGregor kembali ke oktagon
Topuria, 27, dililitkan tali pinggang kejuaraan featherweight selepas mengalahkan penyandang juara, Alex Volkanovski dalam UFC 298.